=,= Selamat Datang ke Blog Aewarr! =,= Welcome to Aewarr's Blog! =,=

Wednesday 5 September 2012

MISTERI LEBUHRAYA KARAK BAHAGIAN I

Sebelum memulakan misterius Highway Karak,aku mulakan dengan sedikit ringkasan mengenainya:
Lebuhraya Karak (E8) atau nama rasminya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak adalah lebuhraya capaian separa sejauh 60 km menghubungkan KL dengan bandar Karak di Pahang. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal di Malaysia iaitu Genting Highland. Lebuhraya ini pada asalnya merupakan lebuhraya 2 lorong,bertol sebelum dinaiktaraf kepada lebuhraya ekspres penuh pada tahun 1997.Had lajulebuhraya ini adalah 90 km/j. Apa yang menariknya Highway Karak(HK) ni,adakah ia tempat pelancongan?Heheheh.Umumnya,sepertimana yang kalian tahu,HK banyak meninggalkan tragedi misteri serta kemalangan yang banyak meragut nyawa manusia. Tak lama dulu lebuhraya Karak ini memang banyak meragut nyawa. Paling dahsyat ialah kemalangan membabitkan trak FRU sehingga diabadikan dalam lagu Pusara Di Lebuhraya oleh kumpulan Ekamatra. beberapa pemandu yang pernah melalui kawasan tersebut mendakwa ternampak seseorang di tengah-tengah lebuhraya atau kereta Volkswagen yang menentang arus jalan dan cuba melanggari mereka.Juga kadang-kadang volkwagen itu akan membawa kereta dengan perlahan dan menghalang pemandu lain hilang sabar dan cuba memotong.Jika anda memotong kereta Volkwagen itu,masuk gaunglah jawabnya.Adalah dinasihatkan agar anda tidak melalui kawasan ini pada waktu malam.
Adakah Volkwagen ini yang sering dikata-katakan itu.Jika ya,anda perlu berhati-hati. Banyak kisah-kisah misteri yang berlaku di Highway Karak.Hantu tiada kepala,perempuan tua yang sering berlegar-legar,selekoh misteri dan macam-macam lagi.So,aku bagi link untuk korang enjoy dengan keseraman puaka Karak ini..> Klik DiSini
> <

No comments:

Post a Comment